Isnin, 2 Jun 2008

Anugerah Cemerlang LZS 2007

Pada 31 mei yang lepas, saya dan zaki -rakan sekerja- telah pergi ke UniSel Btg Berjuntai( Bestari Jaya) untuk menghadiri majlis anugerah kecemerlangan LZS, kepada anak2 asnaf yg berjaya dalam peperiksaan tahun 2007.

Sebenarnya saya tidak minat sangat untuk pergi kerana kapasiti saya hanya sebagai pemerhati dan makan-makan sahaja. Ini saya kira melemaskan dan amat merimaskan! namun kerana Menteri Besar Selangor hadir sama( Tan Sri Dato' Khalid) maka terpaksa juga kami tunjuk muka. Tambahan pula diumpan dengan makanan yg best2 belaka, yalah..MB pun turun, sudah tentu meraikan MB menjadi hadaf utama majlis ini. Itu antara perkiraan saya lah!

Namun saya dapati ada perkara yang amat menyentuh hati sepanjang program ini berlangsung, dan menyebabkan ianya menjadi sebab saya bersyukur kehadrat Allah yang saya hadir pada hari itu. Pertama adalah kerana fasi kami antara penerima hadiah pada majlis itu. Iaitu Fairuz Alhafiz dan Zainuddin. Maka kami selaku perunding sudah tentu merasa bangga dan amat gembira atas kejayaan mereka. Sempat jugalah kami berjumpa rakan2 konsultan lain dan bertanya hal masing2 sementelahan tiada projek setakat nih. Manakala selebihnya pula di imarahkan dengan mengumpat dan mengutuk sakan sahaja adanya.


Perkara kedua ialah berkaitan dengan MB baru selangor. Kalau dahulu-tahun2 lepas- sering sahaja berlaku kekurangan makanan atas meja kami ( kami makan kat meja VIP tau), namun pada tahun ini terbalik pula, meja kami yang penuh makanan dan meja MB pula kosong!! giler apa? saya pun tak pasti..cuma nya yg kami lihat, MB baru tidak membawa bersama "langau-langau"..kalau tidak pastilah mcm tahun lepas, orang mereka saja yg ramai2 makan,kami makan kat luar sahaja. Ini saya kira satu pembaharuan yang di bawa oleh pemimpin keADILan. ( jgn salah sangka, saya tidak menyokong parti mereka!!), dan perubahan ini sudah tentu satu tindakan positif, yang saya lihat jika berkekalan mampu menjadikan mereka sebagai pemerintah untuk satu jangkamasa yang panjang.

Walau apapun, pada majlis itu saya amat terharu apabila tiba-tiba disapa oleh seorang pelajar yang menerima anugerah. Beliau salam tangan saya sambil mengucapkan terima kasih berkali-kali. Bingung juga saya dibuatnya.."Entah anak siapa pula ni?" fikir saya. Namun beliau menjelaskan bahawa beliau adalah bekas peserta program saya, dan saya - semasa program itu dahulu- telah memarahi serta mendenda beliau atas beberapa kesalahan. Beliau berterima kasih atas "perhatian" yang saya berikan dan berharap dapat pergi lagi program kami. Saya menasihatkan beliau supaya berusaha dengan lebih kuat dan mudah-mudahan terus berjaya.

Saya menulis perkara ini bukan mencari populariti atau ingin mengatakan saya hebat, TIDAK!! Namun saya tulis adalah demi mengingatkan diri sendiri dan diri pembaca sekalian. Jika orang seperti saya yang pernah di gelar 'puaka' atau 'jahat' oleh sebahagian peserta program, mampu mendapat ucapan terima kasih mereka, saya pasti anda yang tidak pernah mendapat jolokan dan gelaran buruk seperti itu, mampu dan boleh mendapat penghargaan yang lebih dari itu.

Kita berada pada zaman yang amat memenatkan dan amat menjelikkan. Dimana pada hari ini manusia dinilai pada "kertas2" yang dimilikinya, kereta2 yang besar, rumah yang besar serta kemampuan untuk berbelanja. Manusia hanya pentingkan diri sendiri dan tidak reflek pada persekitarannya. "Biar pergi jahanam dengan budak2 yang bermasalah dan suka membuat kacau ini, dia bukan anak kita / adik kita!!" ialah antara kata2 yg "sedap" didengar kita. Ini adalah jawapan mudah demi mengelak rasa bersalah kita. Namun sikap seperti inilah yang akhirnya menjadikan remaja2 kita rosak akhlaknya, punah harga dirinya, rendah maruahnya serta jahil agamanya, sedang merekalah yang bakal menerajui bumi Allah ini pada masa akan datang.

Saya menyeru kepada pembaca-pembaca budiman supaya mengambil bahagian dalam menjadikan anak-anak muda kita berjaya menjadi 'manusia', seperti yang diharapkan oleh Allah dan RasulNya. Mudah-mudahan anak-anak muda kita ini, kelak tidak menyalahkan kita, atas kelalaian dan kegagalan kita menegur mereka serta menjadikan pula ia sebagai alasan mereka, apabila dihadap di Mahkamah Allah nanti...

4 ulasan:

Mohd Nadzri Kamsin berkata...

Jika kita hebat, Tuhan itu jauh lebih hebat mengatasi segala-galanya.

Kak Timah 2.0 berkata...

serangkap pantun basic untuk kau:

Pulau pandan jauh ke tengah
gunung daik bercabang tiga
hancur badan dikandung tanah
budi baik dikenang juga.

bila ko cakap ko jumpa budak yg pernah ko train dulu, aku teringat anak2 buah aku dulu...apalah nasibnye skang..

azlishukri berkata...

"Saya menyeru kepada pembaca-pembaca budiman supaya mengambil bahagian dalam menjadikan anak-anak muda kita berjaya menjadi 'manusia', seperti yang diharapkan oleh Allah dan RasulNya. Mudah-mudahan anak-anak muda kita ini, kelak tidak menyalahkan kita, atas kelalaian dan kegagalan kita menegur mereka serta menjadikan pula ia sebagai alasan mereka, apabila dihadap di Mahkamah Allah nanti..."

Menarik kata-kata ini, ada keikhlasan perjuangan dalam diri saudara.

joharihamzah berkata...

Ucapan terima kasih dan penghargaan saya atas kesudian saudara sekalian memberi respon. Saya masih belajar untuk menulis dan Insya-Allah tidak akan putus asa memperbaiki kelemahan diri.. TQ.