Jumaat, 6 Jun 2008

Kegagalan dan Kejayaan

Apakah makna sebenar kejayaan itu? Apa dan bagaimana pula takrif kegagalan? Saya sendiri tidak dapat memberi jawapan yang memuaskan kepada semua pihak. Namun jika ditanya pendapat sendiri saya pantas mengatakan gagal adalah punca kejayaan..ia bkn 2 entiti berlainan atau berlawanan, ia adalah bersangkutan umpama aur dan tebing,isi dan kuku, ombak dan pantai, hidup dan mati...

Sebahagian rakan berkata, apabila kita lahir ke dunia maka kita adalah berjaya, manakala jika kita mati akibat keguguran adalah kegagalan. Lagi, jika kita tertawa, maka itu tanda berjaya, jika kita menangis itu tanda gagal. Saya bersetuju juga dengan nya dalam sesetengah hal. Namun kita perhatikan, setiap bayi yang lahir semua menangis- adakah ia satu kegagalan?Setiap ibu yang menangis mendoakan anaknya agar berjaya dalam peperiksaan- adakah ia juga tanda orang yang gagal?-tentu tidak! Ianya adalah satu keperluan mengikut faktor2 tertentu yang ditetapkan Allah.

kita perhatikan lagi, setiap satu sperma yang berjaya bercantum dgn ovum adalah kerana membabitkan 'kos'. 'Kos' disini adalah beribu2 sperma yang lain, yang mati semasa dalam perjalanan yang panjang menuju 'kejayaan' untuk mempersenyawakan ovum seterusnya membentuk segumpal darah-daging-tulang dan akhirnya menjadi manusia. Jadinya kita lahir adalah kerana matinya ''yang lain-lain'' itu.

Ia bukanlah sesuatu yang buruk, tapi ia adalah KEPERLUAN..Ya, untuk berjaya keperluannya adalah GAGAL! kita suka atau tidak, ia adalah realiti. Seorang bayi pasti tidak akan tahu berjalan jika ia tidak pernah jatuh dan tidak akan bertutur lancar jika tidak bertutur pelat terlebih dahulu. Ia adalah proses semulajadi. Kita tidak mencari ilmu jika kita tidak bodoh/jahil bukan? begitulah, kita tidak akan hidup kaya jika tidak merasa hidup miskin, tidak akan merasa sehat jika tidak pernah sakit, kita tidak akan membesar jika tidak ada 'kematian', dimana perlunya sel lama 'mati' dan diganti sel baru,dan lain-lain bukti lagi yang menjadi kemestian kejayaan itu berpunca dari kegagalan.

Mengenang hikmah kegagalan adalah lebih besar ertinya dari mengingati sesuatu kejayaan, kerana penghayatan keatas kegagalan itu akan membawa kepada kejayaan yang sangat besar di kemudian hari. Kita perlu berlapang dada jika ditimpakan kegagalan dan berusaha dengan lebih giat dan cergas selain membaiki kelemahan yang ada supaya kemudian akan terbit pula kejayaan.

Dan akhirnya, jika ditentukan pula kita masuk Syurga(*harap-harapnya dapat masuk lah), maka kita perlu menghadapi kematian terlebih dahulu barulah dapat masuk syurga. Kerana itulah hukum Allah yang telah ditetapkan ke atas setiap makhluk, dan hanya dengan cara ini sahaja maka barulah kita akan memperoleh kejayaan yang sebenar-benar kejayaan..Ianya bermula dengan kegagalan...

2 ulasan:

uncleyatim berkata...

'tapi ia adalah KEPERLUAN..Ya, untuk berjaya keperluannya adalah GAGAL!... susah hati saya nak setuju dengan kenyataan saudara jo.... topik kegagalan dan kejayaan terlalu subjektif, besar untuk disingkatkan kegagalan itu memastikan kejayaan bayanh lagi perkara yang perlu diambil kira sebelum kita memutuskan gagal itu memastikan kejayaan.... bagi saya elemen usaha, komitmen, kebijakasanaan perlu dipfikirkan lagi sebelum kita boleh simpulkan dalam mengaitkan kegagalan dan kejayaan... apakah kita tidak boleh terus berjaya kenapa kita perlu gagal dulu.... kenapa perlu diletakkan stigma perlu gagal.... tidak bolehkan kita letak perlu usaha dulu.... fikirkan-fikirkan sahabatku...

joharihamzah berkata...

Terima Kasih Uncle atas kesudian melawat blog saya..seperti biasa uncle mmg berfikiran tajam. hehe.

Menulis ttg Stigma kegagalan ialah kerana ianya wujud dalam diri orang melayu dan susah dipisahkan..ini merupakan mukaddimah awal dahulu sebelum tajuk berikutnya.

Jika uncle melihat tajuk 'perpindahan', maka uncle akan melihat elemen usaha sampai berjaya ada diselitkan.

Namun saya belum utamakan, kerana GAGAL terlalu sinonim,terlalu ditakuti, terlalu 'besar'dan sentiasa menjadi Taboo masyarakat melayu..

Insya-Allah, tajuk akan datang akan memperlihatkan kejayaan berdasarkan usaha yang berganda serta tawakal..TQ.