Khamis, 12 Jun 2008

Kejujuran Tidak Ternilai

Pagi ini saya dikejutkan dengan panggilan dari seorang wanita. Beliau mengatakan bahawa beliau terjumpa dompet saya dan meminta saya datang ke kedainya untuk mengambilnya kembali. Ia memberi khabar gembira kerana saya memang sedang runsing memikirkan hal Kad Pengenalan,lesen memandu,kad bank serta dokumen lain yang ada didalamnya.

Sesampainya saya disana,pekerja-pekerja kedai itu (kedai baiki & servis kereta) memang menanti kedatangan saya dan dibawa berjumpa wanita itu. Nama beliau adalah Winnie( maaf jika tersilap tulis). Beliau mengatakan terjumpa dompet saya pagi tadi, tidak jauh dari kedainya dan mendapati kad bisnes saya ada didalam sekaligus menelefon saya. Saya amat tersentuh hati dan amat bersyukur, kerana masih ada manusia yang baik hatinya serta tinggi akhlaknya di Bumi Tercinta ini seperti Winnie dan rakan-rakannya.

Adapun saya juga sangat kagum terhadap sikap beliau. Ia bukan senang dilakukan, Percayalah!! Apabila kita mengambil sesuatu barang yang tercicir,yang kita tahu ia tidak datang sendiri melainkan ada tuan empunya, maka pertanggungjawaban itu ada diatas bahu kita, sehingga kita berjaya menemukan tuan empunya barang atau kita serahkan pada pihak berwajib.

Nilai murni ini yang diajar oleh ibubapa kita serta guru-guru kita, haruslah sentiasa diamalkan dalam kehidupan seharian. Ia juga merupakan salah satu elemen utama sifat seseorang Muslim.

Kejujuran tidak ternilai dan tiada sempadannya. Kejujuran tidak mengenal warna kulit, bangsa , agama serta pegangan. Tidak kira siapa pun mereka, jika mengamalkan sikap jujur, sudah tentu Allah akan menaikkan darjat serta kemulian mereka dan dipandang tinggi pula oleh masyarakat sekitarnya.

Kejujuran tidak ternilai, lebih-lebih pula ketika umat manusia semakin mementingkan diri sendiri dan tidak ambil kesah keadaan sekeliling. Ia sangat mahal di waktu ini dan di saat ini, umpama mencari sebutir beras di lautan pasir.

Hanya Allah jualah yang membalas kebaikan setiap manusia yang berlaku jujur sekaligus menjadikan bumi ini tempat yang lebih selesa dan aman sentosa untuk didiami oleh semua orang..


p/s:
(Terima kasih saya sekali lagi kepada Winnie dan rakan-rakannya di Win Auto Services,Danau Kota.Saya tidak akan lupakan jasa baik anda semua)

9 ulasan:

Hawk Tan berkata...

Salam sejahtera Saudara Johari,
Dari apa yang saya dalami diblog saudara, saya pasti saudara adalah seorang yang mulia dan berprinsip. Hasil artikel yang menarik. Teruskan. Maaf ya, penulisan Bahasa Malaysia yang kurang memuaskan. Maklumlah. Bahasa Malaysia yang abang pelajari zaman 80an.

joharihamzah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Hawk Tan berkata...

Adik johari, kalau boleh panggil abang daniel, sebab dah biasa. staf abang pun panggil saya sedemikian.
Macam mana nak naik basikal..dah tua dah..lutut macam nak tercabut bila mendaki bukit.turun bukit bolehlah. nampak gara gara kena naik bas lah..haha.
Keep up your good work and write up in your blog. saya akan kembali untuk melayari blog adik.
Salam sejahtera.

Hawk Tan berkata...

oh yeah, abang akan link your blog diblog abang.

joharihamzah berkata...

owh..ok Abg Daniel..

Entah apa yang saya buat, tiba-tiba komen saya sendiri hilang..pelik..

walau apa pun, diucapkan Terima Kasih.

azlishukri berkata...

saudara johari..orang yang yang berbrinsip seperti saudara ini susah nak dicari lagi masa kini..

joharihamzah berkata...

Saudara Azli,

Terima kasih, saya akan terus berusaha.

Oh ya,saya juga sudah buat link blog saudara pada blog saya. Maaf sebab tak minta izin terlebih dahulu.

akutaktahu berkata...

kejujuran tidak ternilai?
mungkinkah pengalaman saudara berhadapan dengan 'BELIAU' memungkinkan anda menjadi seorang yang mementingkan kejujuran di dalam setiap perhubungan dan kehidupan?

susah sekarang ni mencari teman dan sahabat yang jujur,kalau jumpa pun tak ramai,kalau ramai pun tak pasti tahap jujurnya,kalau pasti pun dah terlewat untuk kita ketahui...

Kak Timah 2.0 berkata...

joe, based on your story, bulan ni aku akan service kereta aku kat Win auto services. Kalau aku sebut nama kau boleh dapat murah kot!