Isnin, 30 Jun 2008

Kejatuhan Kerajaan Arabasta

(Artikel kali ini adalah hadiah saya buat penggemar komik tanah air. Ia merupakan percubaan saya dalam menyahut seruan seorang rakan supaya menulis berkaitan isu politik semasa.bagi tajuk yang berat2 tu, nantilah saya tulis..TQ)


Pernahkah anda membaca komik “One Piece”? saya sebenarnya suka membaca, jadinya yang paling menarik adalah komik(sebab ada gambar dan ceritanya menarik serta kelakar!)..hah, mungkin ada yang ketawakan saya tapi komik sebenarnya merupakan secebis medium dalam menyampaikan sejarah secara bersahaja, berlapik dan penuh humor.

Di dalam komik “one piece” siri Arabasta, Luffy dan rakan-rakan telah mengembara ke sebuah kerajaan padang pasir bernama Arabasta. Kerajaan ini sedang menghadapi kemuncak krisis perang saudara. Puak pemberontak telah menjadikan isu kekurangan makanan dan minuman sebagai alasan untuk memberontak, serta menyalahkan pihak istana kerana lambat bertindak sehingga ramai penduduk terkorban. Mereka juga membenci raja kerana menganggap raja hidup dalam keadaan mewah sedangkan rakyat hidup tersepit dan sengsara.

Tentera kerajaan yang setia mendokong raja pula beranggapan bahawa pemberontak telah menimbulkan isu yang tidak sepatutnya muncul. Ini kerana memang pada itu seluruh negara sedang menghadapi musim kemarau. Bahkan raja telah berhabis-habisan mengeluarkan harta negara sehingga kering-kontang stor makanan hatta makanan di istana, demi membantu rakyatnya yang menghadapi kesengsaraan hidup yang belum pernah berlaku sebelumnya. Raja juga menghadapi tekanan politik yang dahsyat daripada para ‘tycoon’ bisnes yang mengugut kerajaan jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Apa yang tidak disedari oleh kedua-dua belah pihak ialah mereka telah di peralat oleh satu lagi pihak iaitu Pertubuhan Baroque Works ( B.W). Pertubuhan ini sebenarnya merupakan sebuah organisasi yang besar. Ahli-ahlinya terdiri dari para ‘tycoon’ bisnes, pegawai tentera kerajaan, golongan istana dan kalangan para pemberontak. Merekalah yang merancang melaga-lagakan rakyat dan pihak istana. Mereka juga menggerakkan pemberontak agar menentang istana dengan senjata yang mereka bekalkan.

Segala propaganda mereka, melalui bermacam media telah membuahkan hasil apabila jumlah golongan pemberontak sangat ramai menyaingi golongan pro istana. Pihak B.W juga membuat segala kejahatan mereka dengan alasan ia adalah arahan pihak istana. Walhal raja tidak tahu menahu tentang perkara itu. Ini menambahkan kebencian rakyat terhadap pihak istana dan raja sendiri.

Akhirnya pemberontakan besar-besaran telah berlaku dimana pertempuran antara tentera kerajaan dan pemberontak telah berlaku di ibu kota. Beratus ribu rakyat telah terkorban dalam pertempuran itu. Mereka sama ada pemberontak atau tentera kerajaan berpegang pada slogan “ kita dipihak yang benar”. Walhal mereka tidak menyedari bahawa mereka semua telah diperalat dan diperdaya hingga memusnahkan negara mereka sendiri.

Saya menyedari bahawa cerita ini langsung tiada ilmiahnya kerana ia di cedok dari komik yang sudah tentu khayalan penulis semata. Namun tahukah anda bahawa sebahagian pemerintahan yang tumbang di dunia adalah disebabkan komplot dan konspirasi pihak yang dahagakan kuasa dan takhta, selain faktor pemerintahan yang zalim dan lemah. Anasir-anasir media juga memainkan peranan penting dalam menentukan nasib sesebuah negara. Lihat sahaja Rwanda. Kerana diapi-apikan oleh media dan sokongan kelengkapan militer oleh Perancis, kerajaan Hutu waktu itu telah melakukan penyembelihan beramai-ramai terhadap etnik minoriti Tutsi. Perang saudara 3 bulan = 1 juta rakyat terkorban!!

Saya berdoa agar negara Malaysia ini terhindar dari perang seperti negara lain dan tidak berlaku sebarang kekacauan sehingga menyebabkan rakyat sengsara dan hidup dalam ketakutan. Janganlah kita bertelingkah dengan melampaui had dan batasan. Sesungguhnya Allah tidak suka pada mereka yang melampaui batas…

5 ulasan:

azlishukri berkata...

johari, di mana boleh saya dapatkan komik tersebut?

Hawk Tan berkata...

Adik,

Walaupun komik tetapi jalan cerita yang munasabah dan berpengajaran jika dibaca dengan teliti isi kandungannya.
Hai...Cerita ni, macam pernah saya dengar tapi bukan di komik yang adik sebutkan.

kuanderas berkata...

En.Johari,

Saya juga berminat dengan komik tersebut. Adakah komik bersiri atau habis satu buku sahaja?

Boleh dijadikan iktibar dan teladan

Terima kasih

joharihamzah berkata...

salam semua..

Saudara Azli - anda boleh membaca siri komik berkenaan di "http://www.onepieceline.com/manga_reader/". Namun saya tidak pasti (lupa) mana satu tajuk 'arabasta'. sudah agak lama komik ni.

Abang Daniel - ehm, abg pernah dengar cerita ini?mungkin dari komik lain atau dokumentari tak? walauapapun betul cakap abg, walau komik sekalipun, ia mengandungi pengajaran yang besar.

Saudara Kuanderas - 'one piece' komik bersiri sejak beberapa tahun lalu dan masih diterbitkan hingga kini. ceritanya pula dah mencecah ratusan siri. siri 'arabasta' merupakan antara siri awal dalam pengembaraan Luffy di Grand Line. Saudara boleh membacanya secara online, alamatnya seperti di atas.

Terima kasih atas komen tuan-tuan sekalian. Maaflah, agak lambat reply. musim dekat periksa memang saya agak sibuk sedikit..TQ

Hawk Tan berkata...

Adik Johari, tolong e mail kan your e mail kat abang. thks