Sabtu, 31 Mei 2008

Nusantara

Adapun perkataan nusantara, pertamanya dikenali ialah semasa ucapan Patih Gajah Mada iaitu 'mahapatih'(perdana menteri) Kerajaan Majapahit pada kurun ke-14 dahulu. Nusantara yang dimaksudkan beliau meliputi kawasan yang sangat luas meliputi Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei, sebahagian Filipina, sebahagian Thailand, dan sebahagian pulau Papua.

Perkataan nusantara itu bermaksud 'bangsa antara'. Jika diteliti dengan cermat, kita mendapati bahawa geografi nusantara itu adalah satu kawasan yang dikepung oleh 2 laut. Iaitulah Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Maka boleh kita simpulkan makna Nusantara adalah satu kawasan kependudukan yang berada antara Lautan Hindi dan Lautan Pasifik.

Manakala jenis bangsa manusia yang boleh kita lihat dan perhatikan, mereka mempunyai banyak persamaan dari segi paras rupa, warna kulit dan bahasa. Ini jelas membawa erti bahawa mereka bukanlah kaum-kaum yang berlainan tetapi SATU kaum yang sama pada asalnya. Manakala bahasa rasmi/ lingua franca yang digunakan adalah bahasa melayu, dan bahasa lain yang digunakan ialah Jawa. Walaupun terdapat perbezaan dari segi ayat dan sebutan bahasa melayu pada sesetengah tempat, namun ia hanyalah dialek dan lahjah mengikut faktor tempat tertentu. Sungguhpun demikian, ia tidak menjejaskan bahasa Melayu sebagai bahasa utama bahkan ianya difahami dan dituturkan dengan meluas oleh penduduk Nusantara.

Setelah berakhirnya kerajaan Majapahit dan Srivijaya, maka lahirlah pula kerajaan Melayu Melaka pada kurun ke-15. Ini tidak pula bermaksud tiada kerajaan Melayu sebelum itu. Ada! seperti kerajaan Perlak, Demak, Merah silau dan lain-lain. Namun kerajaan Melayu Melaka adalah kesinambungan kerajaan utama yang menerajui Wilayah Nusantara. Kerajaan Melayu Melaka merupakan pewaris kegemilangan Empayar silam seperti Majapahit dan Srivijaya. Oleh itu, Melaka yang pada waktu itu menjadi pusat pemerintahan kerajaan Melayu Melaka, menjadi sangat terkenal di seluruh dunia, sehingga mendapat jolokan 'Venice Timur'.

''Langit tidak selalu cerah'', pada tahun 1511, kerajaan Kristian Portugis telah mengalahkan kerajaan Melayu Melaka sekaligus melenyapkan kuasa pewaris empayar Nusantara dari muka bumi. Sejurus itu, kerajaan Melayu Melaka telah berpecah-pecah dan setiap wilayahnya menghadapi pergolakan dan pemberontakan. Di tanah semenanjung, saki-baki askar kerajaan Melayu Melaka berusaha mengusir Portugis, manakala di tempat lain mereka terpaksa berentap dengan satu lagi 'Benggali Putih'=Belanda!

Akhirnya Melaka jatuh ke tangan Belanda dan seterusnya kepada cengkaman Empayar British(saya kira tuan-tuan boleh merujuk buku sejarah Asia Tenggara, bagi mendapat maklumat yang lebih tepat). Selama beratus-ratus tahun bangsa Nusantara hidup dibawah arahan 'Benggali Putih', mereka menjadi kecil hatinya, lemah semangatnya, rendah harga dirinya, dan berputik pula semangat mendewakan orang lain dan tidak percaya diri.

Sehinggalah kini, seperti jualah nasib manusia-manusia yang pernah dijajah di tempat lain, bangsa Nusantara gagal mengenal sejarah nenek moyangnya, gagal mengenal identiti diri sendiri, dan lebih malang, mereka melupakan ikatan persaudaraan dan kebanggaan yang pernah wujud satu ketika dahulu di tanah Nusantara ini.

2 ulasan:

Kak Timah 2.0 berkata...

soalan: apa implikasinya terhadap ketuanan melayu yang diwarwarkan sekarang?

bruz berkata...

mannnntttooop!!!!!!!

salam joe.. aku syorkan kau buka laman web KERAJAAN ISLAM SIAM KEDAH PASAI. tentang sejarah bangsa kita. aku tak pasti sama ada bukti dan fakta yang dikemukakan adalah benar atau sebaliknya.tapi yang penting aku sangat teruja bila buka laman sawang ni. aku seperti tertipu dengan sejarah bangsa dan negara kita sendiri. yang pasti kau pun akan teruja seperti aku.... hahaha