Jumaat, 12 September 2008

Kaum-Kaum Pendatang 2

Saya orang melayu dan amat berterima kasih pada kerajaan kerana membela nasib kami, sehinggalah saya berjaya dalam pelajaran. Mungkin juga ini jasa Umno dan pakatan perikatan. Namun sekali-kali tiada hak kita mengatakan orang lain pendatang, sedang orang itu ada Kad Pengenalan Warganegara Malaysia!

Saya fikir, kita mungkin tidak sedar bahawa sesungguhnya memanglah kita semua ini hanya pendatang sahaja. Dan semua yang kita miliki akan ditinggalkan jua. Seperti lagaknya si pengembara, berehat sebentar di bawah pohon, demi mendapat tenaga untuk meneruskan perjalanan. Begitulah konsep yang saya faham berkenaan kehidupan didalam Islam. Allah menugaskan kita sebagai “Khalifah” - yang bermaksud pentadbir-jika bukan mentadbir negara sekurang-kurangnya diri sendiri dan keluarga. Dan kita juga sebagai “Hamba”- iaitulah hamba Allah, ikut segala perintahnya dan jauhi larangannya. Jika kita khianat pada janji ini, (Shahadah) maka akan dibalas nanti oleh Allah di Akhirat. Selalu di dalam khutbah Jumaat di kampong saya (Kota Tinggi) saya mendengar, khatib(tukang khutbah) berkata :

“Wahai sekalian Muslimin, ingatlah! Dunia ini hanya tempat tumpangan semata-mata, akhirat jualah tempat yang kekal abadi selama-lamanya..”

Seperti juga Temujin/Genghis Khan, apabila ditanya kenapa menjajah tanah yang sangat luas terbentang, sedang mati nanti hanya perlukan tanah yang sedikit untuk menguburkannya, maka beliau tidak menjawab. Kita haruslah sedar, bahawa dunia ini hanya transit untuk ke akhirat. Maka perebutan tentang tanah transit ini amat merugikan dan membuang masa. Jika ia adalah hak kita, contoh, orang ambil hak kita dan niat menjahanamkan kita, maka kita wajib mempertahankannya, walau dengan apa cara sekalipun. Namun kita janganlah melampaui hak yang telah Allah berikan pada kita.

Dengan mudahnya mengatakan sesetengah kaum sebagai pendatang dan mengharap pula mereka mencurahkan usaha pada pembangunan tanah air ini, bukanlah dipandang sebagai orang yang berakhlak. Tanah ini milik pada siapa yang membangunkannya. Lihatlah pada dunia keliling kita- siapa yang berusaha menabur budi pada tanah-maka tanah akan membalas kembali. Siapa yang berusaha- insya-Allah berjaya. Sebab itulah tanah Kota Kiev itu dahulu( milik bangsa Ukraine) diperintah oleh raja dari keturunan Rusia. Dan lihatlah bagaimana Poland satu ketika dahulu dimonopoli oleh orang-orang yahudi, dan lihatlah bagaimana Jerusalem itu dahulu diperintah oleh orang-orang Rom, dan lihatlah bagaimana pula Singapura yang dahulunya tanah orang-orang melayu diperintah oleh orang cina.

Demikianlah contoh yang telah saya berikan. Jumlah yang sedikit belumlah tentu kalah, manakala jumlah yang besar bukanlah ukuran kejayaan. Jika kita –orang-orang melayu tidak memperkasa diri, membangun diri, dan tidak berusaha sendiri -dan bersungguh-sungguh seperti yang diajar oleh Rasulullah S.A.W, maka kita juga akan kalah dan dikuasai oleh orang lain. Tiada salah mereka yang berjaya dalam hal ini. Kita tak boleh sakit hati dengan mereka yang kaya. Bahkan jika mereka boleh kaya dan berjaya membina empayar kenapa kita tak boleh? Seperti yang disebut-punca kegagalan ialah kerana kurangnya impian dan tersangat pula kurangnya usaha.

Oleh yang demikian, marilah sama-sama kita bangunkan diri kita. Bermula dengan ilmu dan berusalah dengan tulang 4 kerat demi mengubah nasib kita dan menjadi tuan pada tanah ini. Sudah cukup lama kita menyaksikan orang lain yang menjadi tuan, orang lain yang kaya, orang lain yang pakai kereta mewah, orang lain yang duduk rumah besar, sudah sampai masa kitalah -diri kita sendiri- yang patut menjadi tuan pada tanah ini.

Berusahalah dengan sekuat-kuatnya dan bertawakkal lah pada Allah. Janganlah asyik mengata orang, yang mereka tidak setaraf dengan kita, sedang kita ini pula secara realitinya tiadalah lebih baik dari mereka. Tiadalah mulia dan hebatnya bangsa melayu ini, jika kita tidak bersungguh-sungguh mengubahnya. Kita harus belajar dari mereka yang berjaya dan menjadikan mereka guru kita. Mudah-mudahan, kita akan berjaya seperti mereka juga.

Dan akhirnya, saya berdoa agar bumi Malaysia ini akan sentiasa aman makmur, dan menjadi contoh kepada negara lain, walaupun hidup berbilang suku kaum dan agama. Kerana kita akhirnya, pastilah akan kembali kepada Allah, dan dihitung segala amal-baik dan buruk. Janganlah hendaknya bangsa-bangsa di Malaysia ini terlalu ikutkan hati dan perasaan amarah, kerana yang akan rugi dan binasa, ialah diri kita sendiri..

22 ulasan:

Man In Black berkata...

Courtesy visit. Thanks for dropping by and continue your good work.

Che

Cheguman berkata...

Kupasan yg menarik. Saya bersetuju dgn beberapa pandangan saudara. Teruskan menulis. Saya pautkan blog ini ke waadat.

TICO berkata...

Kunjungan persahabatan

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum,

Benar saranan kamu, kita mesti sentiasa berusaha demi kebaikan diri sendiri.
Tidak ada siapa yang akan mengubahnya jika tidak diri kita sendiri.

WaAllahuAlam.

Terima Kasih kerana melawat dan komen di blog Mak Cik.

kuanderas berkata...

Saudara Jo,
1.Hendaknya kita rakyat Malaysia semua kembali bersatu dan menghayati perjanjian sosial yang sedia terjalin sejak merdeka.

2.Adalah pelik kiranya pada 2004 kita tidak berbicara tentang soal perkauman,bangsa.

3.Pada 2008, tiba-tiba kita seolah-olah berbalik pada pasca 1969.

4.Saya fikir rakyat di bawah ini memang sentiasa bersatu kiranya tidak di api-apikan oleh mainan kenyataan perkauman oleh pemimpin-pemimpin.

5.Apabila saya nyatakan "mainan kenyataan perkauman" ia tidak merujuk kepada Datuk Ahmad Ismail sahaja, malah:-

a.Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempersoalkan Dasar Ekonomi Baru
b.Ong Tee Keat yang mempersoalkan ketuanan Melayu
c.Majlis Peguam yang menganjurkan forum "memeluk Islam"
d.Lim Kit Siang & Karpal Singh yang memperjuangkan Malaysia Malaysian.
e.Lim Guan Eng yang mempersoalkan Dasar Ekonomi Baru sebaik menjadi Ketua Menteri.
f.serta pelbagai yang tidak tersenarai.

6.Bagaimanapun orang-orang Melayu juga perlu meningkatkan tahap mereka dengan penuh komitmen.

azlishukri berkata...

bersama kita berdoa, agar Allah mengamankan negara tercinta kita ini, amin.

Hawk Tan berkata...

Adik Johari,
First of all.
Harap adik memaafkan abang kerana lambat membalas komen adik.

Jaga diri baik baik semoga Allah sentiasa bersama adik.

Selamat Berpuasa

p/s. belum baca artikel terbaru adik, nanti abang baca bagi komen ok.

uncle berkata...

dr jo,

'menarik, tertarik kau memang de bomb'.... namun..begitu

orang yang datang berniaga sebelum kejatuhan melaka pada 1511 tidak boleh disamakan dengan mereka yang datang semasa pemerintahan british beratus tahun kemudiannya...

saudara jo tentu sudah tahu bahawa selepas penjanjian di betawi baru ujudnya persempadanan tanah melayu dan indonesia... sehingga orang melayu pun dikatakan sebagai kaum pendatang.. padahal sememangnya ia kepulauan melayu dan bahasa melayu telah dijadikan bahasa lingua franca dan harus dipelajari semua dalam urusan perdangangan...

saudara jo juga maklum bahawa .... selepas kemerdekaan... kaum yang marah dikatakan 'pendatang' ini telah melebihi jumlahnya dengan penduduk tanah melayu sehingga dicadangkan Melayan Union oleh British...

pada pendapat picisan uncle ... tiada satu kaum pun dalam dunia ini akan mendahulukan kaum lain dari kaumnya sendiri , lebih-lebih lagi jika mereka berada dalam keadaan yang berkuasa dan boleh mempengaruhi suatu polisi dan dasar untuk kaumnya ... lihatlah kesan PRU 12 yang lalu ia salah satu contohnya ...

kita boleh mengajak mereka kembalilah kepada perjuangan hatta menggunakan hadith Rasululah dan ALQURAN.... bagi mereka yang menganuti Islam sahaja.... samada mereka hendak mengikutinya satu perkara lain....

tidak semua masyarakat majmuk ini memegang nilai yang sama, melayu dengan budayanya, begitu juga bangsa lain mereka dengan agama dan budaya mereka sendiri....

kegagalan kita memahami dan menghormati budaya dan amalan bangsa lain mungkin salah satu sebabnya keadaan ini berlaku sekarang....

sdr jo...
kita baru sahaja selesai mengendalikan satu program bersama yang melibatkan melayu cina dan india .... kita sama-sama bergurau senda.... ketawa dan makan bersama.... (ambil gambar rapat-rapat lagi) malu pada mulanya tapi akhirnya mesra... tiada masalah.... hendak dikatakan tiada langsung rasa syak wasangka tidak boleh juga ... terlampau naif pula.... tetapi yang pasti

kita boleh hidup dan membina serta berkerjasama untuk satu nilai yang dipersetujui (dalam hal ini anak-anak yatim dan miskin) demi Malaysia tercinta ini..

Keadaan sekarang ini mungkin bertambah buruk lagi bukan disebabkan kita yang berada di bawah ini tetapi mereka yang memilih untuk menjadi pemimpin.... mempermainkan isu dan sentimen sebegini memang mudah mendapat sokongan dan penyokong....

'bila pokok nak tumbang ... kura-kura pun bercita-cita nak naik ke pucuk' ....tidak kira melayu, cina dan india .... sama sahaja.

apa yang jelas dan perlu SEKARANG ini ialah kekuatan kepimpinan yang terserlah yang boleh membuatkan mereka yang berlainan budaya dan agama ini duduk kembali semeja ... ya... tidak akan semua yang diminta akan diperolehi .... pergorbanan perlu demi malaysia ini...

persoalannnya sekarang siapa yang perlu memainkan peranan ini melayu, cina atau india.????...

kepimpinan terdahulu berjaya ... tapi kini terlalu banyak persoalannya.. dan tuntutan. dari... penyelesaian

sekian, sekadar sesuatu untuk direnungkan bersama ... dari seorang pemeriksa kira-kira...

ps...
jangan lupa 20hb ini .... ada ikan bakar le...

Tai berkata...

Wah! Sangat cantik tulisan encik. Tahniah.
http://www.sedinginsalju.blogspot.com/

Cheguman berkata...

Minta laluan sdra Jo... nak berkenalan dgn Uncle. (yg lain Demang dah kenal)

Uncle,
Suatu pandangan yg menarik. Saya klik link uncle tapi tiada apa2. Rasanya seronok jika dpt bertukar pendapat dgn sdra. Jika ada kelapangan, sila ke blog waadat.

HANA berkata...

Salam..

Just drop by and read yr post..mmm..boleh tahan..slalu juga nmpak yr post at Sdra hawk tan's website..

Salam hormat

Hawk Tan berkata...

Adik Johari,

Terima kasih Adik diatas artikel yang menarik.

Tak kisah saya dilabelkan kaum pendatang, yang penting saya bangga dilahirkan dinegara tercinta ini dan dapat hidup bersama rakyat Malaysia yang lain tidak kira ugama dan bangsa (terutamanya insan seperti adik.)

Hanya Yang Maha Esa dapat menilai keikhlasan seseorang hambanya.


Abang Daniel

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum Johari,

Mak Cik faham apa yang kamu sekeluarga lalui tentang makanan kita dulu dulu kerana melaluinya juga.

Tentang isu Pendatang ini Mak Cik ada blog mengenainya pada posting Mak Cik bertajuk Generasi Muda Realistik 18-9-2008, jika ada masa semaklah.

Surat ini ditulis oleh seorang Cina yang menggelarkan dirinya GMR pada Utusan Malaysia.

joharihamzah berkata...

salam blogger semua..

saya ucapkan terima kasih atas kesudian saudara2 semua memberi komentar di blog saya. banyak juga yang saya baca, dan ada yang sudah saya respon di blog empunya masing2.

berkenaan isu ini, saya kira sudah selesai kerana masing2 kita ada pendapat dan saya menghormatinya.
bak kata pepatah omputeh,

"Justice is Depend on What Side
You Are"

walaupun demikian, saya bersetuju juga dgn pendapat beberapa blogger, bahawa kontrak sosial/hak2 kaum Melayu, perlu diajar di sekolah2 supaya adik2 generasi muda kita memahaminya sementelahan ia terkandung dalam perlembagaan.

sejarah Malaysia juga perlu di 'revised' semula bak kata Prof Khoo Kay Kim. supaya bertambah kenal kita pada negara ini dan bertambah sayang pula kita pada penduduk di sini.

saya percaya ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada perpaduan kaum di Malaysia.

apa yang lebih penting adalah, kita tidak berlaku zalim pada orang lain, telus dalam melakukan kerja, bersungguh2 membina hidup dan sentiasa menjaga tutur kata.

sesungguhnya, Allah tidak melihat manusia berdasarkan rupa paras, atau pangkat, atau hartanya, tetapi kepada taqwa dan amal kebajikan yang dibuatnya..

TQ

uncle berkata...

Sdra Hawk Tan
Hiba pula rasa saya bila membaca maklumbalas sdr atas artikel yang saya tulis. Untuk makluman sdr saya tidak bertujuan melabelkan sesiapa apatah lagi menidakkan hak-hak kaum lain. Komen saya hanya menyatakan fakta yang telah termaktub di dalam Perlembagaan yang ditulis dan dipersetujui oleh Tunku Abul Rahman Putra, Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sambathan... tidak sekali juga memandang rendah atas ketaatan dan keihklasan sdr.

Fakta utama yang hendak disampaikan ialah kita boleh hidup dan bekerjasama di bumi Malaysia ini dengan syarat ada usaha memahami dan toleransi serta menghormati budaya kaum-kaum lain. Tiada tempat yang cukup indah dan unik selain Malaysia... Negara yang telah merdeka lebih 200 tahun pun masih lagi gagal mencapai apa yang Malaysia miliki.

Sdr Demang lebar daun
saya ucapkan terima kasih di atas kesudian sdr untuk berkenalan dengan saya.. sudah tentulah salam pengenalan sdr disambut dengan hati yang terbuka. berkenaan blog saya .. ia masih baru dan saya masih dalam proses belajar itu pun setelah dicuit berkali-kali oleh sdr jo

Sdr Jo.
Isu yang yang ditulis ini mungkin mencapai titik noktah di blog sdr jo tetapi isu ini akan terus dibincang dan di timbulkan di tempat-tempat lain dari masa ke semasa hatta bertahun-tahun lagi. Ia akan terus digunakan oleh semua pihak yang berkepentingan selagi mereka rasa ia perlu bagi mendapatkan sokongan dengan memperalatkan sentimen ... sudah tentu ia amat berbahaya dan menjadi batu penghalang utama ke arah integrasi nasional. Atas dasar ini saya bersetuju dengan saranan saudara jo agar intipati perlembagaan dan sejarah kemerdekaan negara yang mengandungi semangat dan asas kontrak sosial ini diajar dan ditekan kembali dalam kurikulum pembelajaran anak-anak kita ... untuk ini "political will" yang kuat amat diperlukan.

sekian.

ps. uncle baru nak mula blog uncle (Dari Meja Uncle).... boleh link dengan jo punya blog tak? ... ikan bakar hari tu amacam.?.

joharihamzah berkata...

selamat datang uncle ke dunia blogger..

saya sudah link blog uncle di blog saya.

p/s : kenapa gambar ini yang uncle pilih, mana perginya gambar dgn Sofea Jane tempoh hari?

Hawk Tan berkata...

Selamat Hari Raya Adik Jo

Maaf Zahir & Batin

p/s: pandu cermat bila balik kampung nanti.

benjaminloi berkata...

Saudara Johari
Assalamualaikum,
thanks for your comment! I appreciate your courage to speak up against killing the innocence.

Throughout the history of Islam, Muslims have killed MORE Muslims through wars and bombing, I simply want to urge all fellow Muslim friends to recognize it and put a stop toward killing our own Muslim brothers and sisters.

I shed my tears in canada when a Muslim friend of mine from Iran related to the suffering of Iran-Iraq war, his father was forced to fight the war and got killed, do you know how many Muslims had been killed throughout the fight between shi'te and sunni sects of Islamic faith until today? why we want to kill our own brothers and sisters just because we have different interpretation of Islam??

For the case of Palestine, do you know that there are only less than 14 million of Jewish people in the world (not 26 mil), you think Palestine can't achieve Independence with the help of all Muslims around the world?but are the surrounding Muslim countries really committed to the Palestinian struggle?? i doubt so! and Palestinians have been used and betrayed by super super rich oil Muslim countries to shield the bullet for them and look at how Syria, Jordan, Lebanon etc treated Palestinian refugees...they are not treating them as Muslim brothers and sisters, instead they are using the Palestinians. I have written to Malaysia Ministry of Foreign Affairs that we should take in at least 200 thousand Palestinian refugees, give them education in Malaysia, equip them with knowledge and employable skills so they can apply their full potential and be a constructive elements for their nation-building overseas. But our country is only too keen to bring in Indonesians!!

I am sincerely talking about the plight of Palestinian people and we could have many solutions to help them, but Muslims around the world are too preoccupied with money, power and self-interest... look at how Raja Petra Kamarudin is treated, you and I know many people are using religion for their own advantage. If Islam is the true Official Religion of Malaysia, we should NOT have any laws that goes against the teaching of Quran.

Who have killed Muslims, who have destroyed Muslim countries? not external power! it is the corrupt,totalitarian and autocratic Muslim regimes around the world that have made Muslim countries impoverished. The corruption in Pakistan, Afganistan, Indonesia, Iraq, Negria, Syria and many Muslim countries are terribly rampant, and some of these countries have denied women education, and children are deprived of basic nutrition and proper shelter. We can't always blame others for our mishaps, we must quiet down ourselves and do soul-searching, we must come back the spirit of repentance of Adam and Eve when they sinned against Allah, only then will we witness a revival of Islamic civilization in the world.

May Allah bless our country and His peace saturate into every aspect of our society, Amin!

Selamat Hari Raya.

Regards
benjamin

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) berkata...

salam joe... selamat hari raya

azlishukri berkata...

selamat hari raya dan maaf zahir batin.

Tai berkata...

Ada apa kat dalam tu encik?

ZUL ISHAK berkata...

jo, update ler, come on...
welcome to my territory
http://dzullsaniah.blogspot.com