Jumaat, 12 Disember 2008

Allahuakbar!

Semasa hari raya Qurban yang lepas, saya merayakan bersama ahli qariah di taman saya sahaja dan tidak pulang ke kampong. Masjid di tempat saya nih-Masjid Salahuddin Al-Ayubi (taman melati) memang sentiasa penuh dengan jemaah. Jika tuan-tuan pergi utk solat subuh pun paling tidak 4 saf mesti ada. Tapi yang meramaikan bukanlah jemaah dari Malaysia tapi dari Afrika, kerana ramai sungguh bangsa mereka ini di sini..Alhamdulillah, Malaysia memang bumi bertuah!

Apa yang membuat saya terharu ialah apabila semua jemaah bertakbir, bertahmid dan berzikir bersama, dari lepas subuh hinggalah solat sunat AidilAdha..sebenarnya saya nak angkat punggung dah bila lepas solat subuh, tapi dek kerana hujan yang mencurah-curah di luar maka pagi raya itu, maka saya hanya berkain pelekat petak2 dan t-shirt oren sahaja pagi raya itu(walaupun baju raya dah seterika).

Ketika bertakbir itulah saya insaf bahawa betapa KECILnya Allah dalam hati kita(saya) selama ini. Cubalah kita sama-sama renungkan, setiap kali azan berkumandang, tidak pula kita bergopoh-gapah pergi ke masjid untuk solat berjemaah, atau jika sedang menonton tv maka Allah boleh saja kita ketepikan dengan alasan cerita di tv lagi best, atau semasa solat kita sering terfikir benda lain, fikiran melayang entah kemana, bilangan rakaat pun boleh terlupa dan semua ini berlaku setelah kita melafazkan ‘ALLAHUAKBAR’ pada awalnya solat kita.

Beberapa tahun yang lepas, saya pernah bertanya seorang paderi kenapa beliau bersungguh pindah dari Negara asalnya dan menetap disini serta mengorbankan semua harta benda beliau demi membangunkan chapel(church) beliau di sini.beliau menjawab, dengan nada tenang tapi tegas

“ All the thing i did, all the sacrifice I’ve made is for the love of Mighty Jesus!!”

Saya cukup terperanjat sebenarnya bila mendengar kata-kata itu. Alangkah besarnya Jesus dalam hati beliau, sehingga apa sahaja yg beliau ada telah dikorbankan untuk ‘tuhan’ beliau, tetapi kita- orang Islam, hanya diminta untuk berzakat, seribu dalihnya, bila diminta untuk bersolat jemaah di masjid , berjuta pula alasannya, bila diminta untuk berpesan2 kepada kebaikan dan kebenaran, berbilion lagi alasannya..oh, saya katakan ini telah terkena pada batang hidung sendiri sebenarnya. Mulut saya yang bercakap, telinga sayalah yg paling hampir mendengarnya, tangan saya menulis, mata sayalah yg paling hampir melihatnya..

Saya kecewa melihatkan sesetengah dari kita beriya-iya benar ingin menubuhkan Negara Islam, sehingga apa sahaja cara, yang baik-yang tak baik, yang halal-yang haram, yang sunnah-yang bida’ah, semua nya digunakan dan boleh pula digunapakai demi menegakkan pemerintahan Islam di Malaysia. Kita seolah diajar untuk membangunkan sebanyak masjid yang boleh, malangnya kita tak diajar, dididik, diseru untuk meramaikan jemaah di dalam masjid. Akibatnya masjid yang besar2 itu kosong, hanya ada beberapa kerat org tua yg dh separuh uzur memenuhinya, manakala org2 muda pula nyenyak tidur akibat keletihan malam tadi mendengar ceramah sambil memaki hamun dan diselitkan dengan kalimah Takbir!

Kecilnya Allah dalam hati kita…bila bertakbir- ALLAHUAKBAR- tidak pula bergentar hati, tidak pula tersentap hati, tidak pula terbayang MATI, kerana malangnya fikir kita semua adalah fikiran orang munafik belaka. Kita menyangka, dengan solat di rumah, sama sahaja dengan solat di masjid, dan solat dimasjid itu hanyalah sunat sahaja. Kita(saya sebenarnya) sering menganggap bahawa orang lain akan memenuhkan masjid untuk solat 5 waktu, tetapi hakikatnya SEMUA orang berfikir bagaimana kita fikir, akibatnya masjid hanya tinggal kenangan dalam memori orang Islam, dan menjadi seperti Rumah Kenangan, kerana yg hadir veteran2 belaka. Inilah fikir orang munafik sebenarnya, apabila Abdullah Ubay dan golongannya diseru untuk berjihad, mereka memberi alas an tidak mahukan Ghanimah, bila di seru untuk solat jemaah di masjid, dikatanya hanya sunat sahaja. Tetapi, tuan2, tahukah semua, bahawa Rasulullah tidak pernah tinggal solat jemaah di masjid? Ia bukan sunat, tetapi sunnah! Solat itu wajib, tetapi cara solat itu wajib mengikut sunnah..Sunat-ditinggal kan rugi,tak dapat pahala, Sunnah – ditinggal akan rugi sebab Nabi tak mengaku umat! Besar perbezaan bukan?

Kalimah Allahuakbar telah menjadi mainan dibibir manusia tanpa mereka menunaikan hak disebalik kalimah itu. Sambil memaki-maki hamun, sambil mencerca pemimpin, sambil mencarut-marut, sambil menghina saudara Islam mereka, sambil melaungkan akan menegakkan Negara Islam, mereka selitkan dengan kalimah yang digunakan oleh malaikat Zabaniah semasa ingin memikul Arasy. Mereka (dan saya) hanya menjadi burung kakak tua yang berkata-kata tetapi tidak mengerti apa yang dikatakan. Saya insaf dan sedar bahawa apa yang saya tulis mungkin mengguris hati sebahagian sahabat saya yg berfahaman politik sedemikian, namun ketahuilah, saya tidak menghina atau menghentam saudara sekalian, saya menulis atas kesedaran saya dan atas kelemahan saya sendiri. Jika tidak benar perkara ini, maka marilah kita sama-sama membesarkan Allah di hati, bukan mencerca, bukan memaki atas sebab kecilnya Allah di hati mereka.

Kecilnya Allah dalam hati kita..sehingga kita menjadi kikir dan kedekut masa dengan Allah yg menjadikan dan mengatur alam. Untuk solat jemaah di masjid pun kita tiada masa. Bagi laki2 yang sudah mencapai akil Baligh, tidak boleh tidak dituntut untuk solat 5 waktu di masjid. Manakala bagi yang perempuan pula boleh solat dirumah. Jika ingin suami solat bersama isteri, maka bolehlah mengerjakan solat sunat bersama2..pelbagai solat sunat boleh dibuat bersama, tahajjud, taubat, tasbih..ini akan mengangkat darjat suami dan mengeratkan perhubungan. Jangan diberi alas an:

“ saya solat dengan isteri dirumah, menjadi imam untuk anak2..bukankah itu baik?”

Saya katakan, tidakkah imam masjid juga ada keluarga?tidakkah bilal masjid juga ada keluarga?habis siapa pula akan pergi ke masjid?jika semua orang-SEMUA orang pun fikir seperti kita, tidakkah kita sama sahaja seperti masyarakat di Bosnia sebelum perang dahulu(rakan saya dari bosnia dahulu beritahu, masjid hampir2 kosong sebelum berlaku perang, semua pakat solat sendiri/x solat langsung!) habis nanti jika kosong masjid2 kita (dah pun berlaku di beberapa tempat) maka adakah kita akan berkata :

“lihatlah orang Islam sekarang, ramai tak pegi masjid..masjid lawa, besar, megah dan cantik tetapi tiada orang..huh, membazir semua ini!”

Janganlah diucap perkara demikian, sedang kita lah sebenarnya yang menambah statistic mereka yang mengosongkan masjid. Kerana KITA lah masjid telah menjadi kosong. Tolonglah tuan2 semua banci, dalam 1 hari berapa ramaikah yang bersolat di masjid, maka tuan2 akan sedar dan tahu, parah atau tidakkah pegangan umat Islam di Malaysia ini.

Betapa BESARnya Allah, sehingga tidak memerlukan kita untuk membesarkan Nya, dan betapa Mulianya Allah, sehingga tidak perlukan kita memuliakanNya..sungguh Allah tidak perlu kepada kita tetapi, kitalah yang amat perlukan Allah. Setiap daun yang gugur di hutan, setiap pasir yang berlaga di lautan, semua adalah atas Kehendak, Kudrat,Izin dan Perintah Allah Ta’ala..ALLAHUAKBAR!

11 ulasan:

kuanderas berkata...

Bro Jo,
Saya bersembahyang di surau Kota Damansara, bagaimanapun sedikit kecewa kerana tazkirah Tok Imam penuh dengan mencerca pemimpin serta menteri-menteri.

Memang menteri-menteri ini banyak silapnya, namun dalam surau kalau kita tidak berpolitik amat sesuai untuk keselesaan jemaah beribadat.

ZUL ISHAK berkata...

Father Joe...Sesetengah Imam yang telah di lantik merasa mereka mempunyai 'kuasa', bukan 'amanah dan tanggungjawab' di kurniakan Tuhan, Masjid jadi tempat berpolitik, Bagi orang yang berfahaman politik lain, dan yang membenci politik mengambil kesempatan ini dan menggunakan alasan 'tidak perlu aku ke masjid'..

uncle berkata...

AKHIRNYa

sdr JO kembali ....

ada cerita sikit ...
pernah terlibat dengan masjid ... pimpinan masjid tanya uncle ... mana orang muda? kenapa tak datang masjid sembahyang jemaah? uncle tanya balik... masa muda dulu (pimpinan masjid) ada datang masjid sembahyang jemaah tak? ... lepas tu semua tengok syiling... dah tak ajak uncle gi mesyuarat dah...

Ciptaan Terhebat berkata...

Terima kasih saudara Jo

Anta begitu bersemangat, ana berstuju dan ana rasa pandangan anta ni baik...

Upaya bercakap ini memang Allah berikan kepada manusia untuk berkata-kata dan menyebabkan orang lain percaya...

Malangnya, kepercayaan itu sendiri amat sukar buat kita walaupun telinga kita paling dekat dengan mulut kita...

Ingatlah saudara Jo,

Kalau tak cakap, amanah kita tidak terangkat, tetapi kadang-kadang banyak sangat cakap pun boleh jadi silap...

Sesamalah kita renungkan ye...

benjaminloi berkata...

hello Abang Jo..
Khabar baik? saya ingin mengucapkan selamat tahun baru 2009...
i enjoy reading your article and it is very thought provoking!
take good care and May Allah bless you and your Family, Amin!

benjamin

uncle berkata...

sdr jo.

adakah anda sedang bertapa????

tokz berkata...

Abdullah bin Sa'ad r.a, salah seorang sahabat Nabi SAW berkata. "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW tentang solat di rumah dan solat di masjid." Baginda bersabda. Sesungguhnya anda melihat sendiri, alangkah dekatnya rumahku dengan masjid. Sungguh aku lebih suka solat di rumah daripada di masjid, kecuali solat itu solat fardhu." (Riwayat al-Tarmidzi)

wallahu a'lam

www.tokzam.blogspot.com

joharihamzah berkata...

Salam kepada tuan2 semua..

Terlebih dahulu, mohon maaf pada semua sebab lama bebenor tak update blog..ni kalau jual di muzium, mungkin dah tahap antik ni..reput dan bersawang bagai..

Sebenarnya, saya kesuntukan masa lewat ini..(alasan yng biasa kita dengar..hehe)walaubagaimanapun, saya akan bangkit dari kelesuan ini, dan akan kembali menulis setelah beberapa masalah teknikal berjaya diselesaikan..

Bagi semua teman2 yg memberi komen dan cadangan,sebahagiannya telah saya balas di blog masing2, dan sebahagian lagi saya akan jawab secara verbal bila bertemu nanti..

Tiada hasrat untuk berhenti menulis, cuma mengambil masa untuk menambah ilmu supaya penulisan nanti bukan bersandarkan "saya rasa" tetapi kukuh dari segi "naqal ilmu"..

salam bahagia, mudah-mudahan Allah kurniakan tuan2 sekalian rahmat dan rezeki yang melimpah..

"U deserve better from me, and that's what I'm doing now"

TQ...

uncle berkata...

sdr. jo
lama sangat petapaan ni .... nanti naka jadi rama2 .... langsung terlajak jadi keluang.

azlishukri berkata...

lama tak dengar cerita

anaksawah berkata...

Salam jo...
aku teringat cerita kau jo satu jemaah kat sebuah surau yg dok berkumpul tunggu masuknya waktu maghrib....

ape yang disembangnye pasal no ekor tikam siang td tak mengena ....hua..hua...hua...