Ahad, 31 Ogos 2008

Bulan ke-9 dalam kalendar Islam

Ramadhan ialah bulan yang disifatkan Rasulullah SAW seperti yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, daripada Abu Hurairah RA, sabda baginda “ Apabila tibanya Ramadhan, maka akan dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan.”

Berdasarkan penjelasan Rasulullah SAW ini, bolehlah dikatakan bahawa sesiapa yang mengerjakan kebaikan, amal soleh dan sedekah jariah di bulan ini, maka akan beroleh pula ganjaran pahala yang besar dari Allah. Di Malaysia ini, orang-orang Islam sudah tentu akan dilihat berduyun-duyun pergi ke masjid pada waktu malam untuk menunaikan solat sunat Terawikh. Kebiasaannya masjid akan penuh sesak dengan manusia pada malam sepanjang minggu pertama puasa, dan keadaan akan bertambah reda dan surut dan akhirnya lengang dan sunyi sepi di akhir-akhir Ramadhan. Ini merupakan perkara ‘standard’ yang berlaku di Malaysia!

Setelah saya perhatikan, orang-orang Islam di Malaysia memang kuat pegangan agamanya, namun tiada istiqamah(berterusan mengamalkannya)semasa menjalani sesuatu ibadat khusus- termasuk puasa dan solat. Kita memang wajib berpuasa- bagi yang mampu- dan tiada dolak dalik pula dalam mengerjakannya. Namun kita terlupa barangkali, bahawa ibadat puasa akan menjadi sia-sia jika kita tidak berubah perangai berbanding hari-hari sebelum puasa. Jika kita masih melengahkan solat( bahkan ada yang sengaja tinggalkan solat), masih mengutuk,mengeji,menyebar fitnah, menghina, menimbulkan permusuhan sesama manusia, tidak amanah pada kerja, berkata bohong dan sebagainya – kita sebenarnya tidak mendapat manfaat pun daripada bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Bahkan ia menjadi kutukan dan kejian pula ke atas kita. Yang kita dapat hanya lapar dan dahaga semata. Dan ia memang amat merugikan..

Sewaktu berbuka puasa pula memang kita takkan kalah berbanding dengan orang lain. Juadah berbuka yang melampau banyaknya, air yang berjenis-jenis warna dan rasanya, serta nafsu untuk ‘melantak’ sepuas hati , telah menguasai diri dan pertimbangan, hinggakan asal ada duit di poket maka ia akan kita gunakan untuk membeli makanan, walaupun dah tak cukup tangan nak bawa!. Saya tahu ini kerana saya ialah salah seorang peniaga di pasar Ramadhan( sejak tahun 2004, namun tahun ini tak berniaga-tak dapat tapak!). Kekadang saya rasa ngeri pula tengokkan cara berbelanja orang-orang Islam sewaktu ingin berbuka, seperti esok tidak ada lagi, SUNGGUH!!!

Berpuasa bukan hanya menahan diri dari lapar dan dahaga, namun ianya ialah peluang supaya kita dapat mengubah perangai kita supaya menjadi baik dan dapat pula merasai bagaimanakah perasaan orang miskin yang kelaparan. Kita diajar agar menghargai setiap rezeki yang Allah kurniakan, dan berlaku baik, adil dan tutur kata yang sopan terhadap orang lain. Tetapi kita yang memang pelupa ini terus melupakan ajaran guru-guru, ustaz-ustaz dan ibu bapa kita. Bulan yang mulia dan penuh barakah telah menjadi bulan yang ‘Gila Makanan’, penuh kesusahan dan menjadi celaan kita sendiri.

Akhirnya, marilah sama-sama kita merobah perangai agar menjadi Muslim yang beramal soleh. Marilah kita sambungkan ukhuwah sesama kita dan berbuat baiklah pada orang lain. Jadikanlah diri kita sebagai contoh yang baik kepada semua manusia. Mudah-mudahan kita akan beroleh rahmat Allah…

4 ulasan:

kuanderas berkata...

Saudara Joe,
Berdasarkan pemahaman saya, anda mempunyai semangat entrepeneur yang tinggi. Bukan setakat consultant, malah menjual di pasar Ramadhan juga.

Berkenaan dengan persistent, memang kita kurang persistent & mudah lupa. Contoh terawikh memang tepat.

uncle berkata...

gila makan ni, tak kira bulan puasa le jo... apa pandangan sdr jo.. setuju tak? ada lagi satu hal, sdr jo dah lihat atikel sdr bapol dalam blog pepias..... menarik!!!!

aindbest berkata...

mmg ape yg abg joe kate kn menjd lumrah msyrkt di Malaysia kini..
Bln ramadhan d jdkn sbg bulan utk berboros2 ketika berbuka..sibuk utk membuat persiapan raye..sampai terlupe yg sbnrnyer d bln ini laa kite spatutnyer jimat berbelanje..
pk kn org yg ssh..dll..

di bln yg mulia ni kite spatutnyer tingkat kn amal ibadah..ini peringatan utk diri sndiri gak..
jadi mari same2 kite renungkn..di mane kite sbnrnyer..

joharihamzah berkata...

Saudara Kuan - utk makluman, saya juga pernah menjadi salesman di DNMC INT.wisma TCL jalan Ipoh, (sekarang dh convert jd J.I Club).Di sana, saya bekerja dgn menjual apa sahaja,dari buku kanak2 hinggalah pen dan jam tangan..hai,darah peniaga agaknya saya ni hehe(walau xder sorang pun ahli keluarga yg terlibat dgn bisnes)..walaubagaimanapun, ia mmg pengalaman berharga saya..

Uncle Yatim - saya dh bc tulisan bapol, ya ada benar juga ckp dia..kalo ada masa, buleh buka sesama, dh lama kita x meeting nih uncle!

ainbest - wah, lama x dengar cerita. Bila lagi nk jumpa ek?abg rindu kamu dan syikin..hehe..semoga beroleh manfaat Ramadhan sepenuhnya..